..Maalini Pengajian Melayu(B)IPG Kampus Perlis..

Tuesday, 6 March 2012

Minggu 4 Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu

BAHAN SASTERA
Cerita Kanak-Kanak

Pinocchio


Pada zaman dahulu terdapat seorang tukang kayu yang tua dan miskin bernama Geppetto.Dia amat suka membuat patung.Patung kesayangannya ialah Pinocchio.”Alangkah baiknya kalau aku mempunyai anak”kata Geppetto sambil melihat Pinocchio.

Pada malamnya, seorang pari-pari yang baik hati datang ke rumah Geppetto dan mengayunkan tongkat saktinya ke Pinocchio sambil berkata”Esok Pinocchio akan dapat bergerak dan bercakap seperti manusia biasa.”

Pada keesokan harinya, Geppetto mendapati bahawa Pinocchio boleh bergerak dan bercakap.Dia sangat hairan dan gembira melihat keadaan Pinocchio yang seperti manusia biasa.Geppetto terpaksa menjual baju dan sepasang kasutnya untuk membeli buku untuk Pinocchio belajar di sekolah.Dia memang ingin menyekolahkan Pinocchio. “Sekarang kamu bolehlah belajar seperti budak-budak lain belajar,”kata Geppetto kepada Pinocchio.Semasa berjalan ke sekolah, Pinochio berhenti untuk menyaksikan pertunjukan. patung.”Mahukah kamu menyertai pertunjukan ini?”tanya ketua pertunjukan yang jahat Tanpa berfikir apa-apa, Pinocchio bersetuju.

Ketua pertunjukan patung itu pun mengunci Pinocchio ke dalam
sangkar yang kecil.Pinocchio berasa takut dan ingin pulang ke pangkuan Geppetto.Tanpa disangka, datanglah seorang pari pari yang baik hati membebaskan Pinocchio dari sangkar kecil itu.Pinocchio berasa sangat gembira.”Saya akan terus pergi ke sekolah dan tidak akan singgah ke mana-mana,”kata Pinocchio.

Semasa dalam perjalanan ke sekolah Pinocchio terserempak dengan seekor musang yang jahat.Dia menceritakan tentang sebuah pulau yang indah iaitu Pulau Ria.Pinocchio terlupa akan sekolahnya dan dia menukarkan bukunya dengan tiket ke Pulau Ria.”Kamu hendak pergi ke mana?”tanya pari-pari kepada Pinocchio.”Saya hendah ke sekolah,”Pinocchio berbohong.Tiba-tiba hidung Pinocchio menjadi panjang.Dia berasa menyesal kerana berbohong dengan pari-pari yang telah menyelamatkannya.

Pari-pari itu kasihan melihat Pinocchio .Dia meminta seekor burung untuk mematuk hidung Pinocchio supaya menjadi pendek.Pinocchio berjanji kepada pari-pari bahawa dia tidak akan berbohong lagi.Dia terus pergi ke sekolah.Di sekolah,Pinocchio mengajak kawannya ke Pulau Ria,Dia juga memberitahu tentang keadaan di sana seperti yang diberitahu oleh musang.Kawan Pinocchio bersetuju untuk ke pulau itu.Pinocchio dan kawannya segera ke kapal dan belayar ke Pulau Ria.Setelah tiba di pulau itu Pinocchio dan kawannya telah bertukar bentuk menjadi seekor keldai dan disuruh membuat kerja berat.


Pari- pari muncul lagi untuk membantu Pinocchio dan menukarnya ke rupa asal. Pinocchio segera meninggalkan pulau itu.Dia duduk di sisir pantai dan ingin bertemu dengan Geppetto.Tiba-tiba dia melihat kelibat Geppetto sedang mengayuh sampan.Semasa Geppetto sedang mengayuh sampan,seekor ikan paus muncul dari belakang dan terus menelan Geppetto bersama sampannya.Pinocchio berenang dengan sekuat-kuat hatinya untuk menyelamtkan Geppetto.Apabila Pinocchio hampir dengan ikan paus itu,ikan paus membuka mulutnya dengan luas.Pinocchio terus berenang dan masuk ke dalam mulut ikan paus itu.

Pinocchio berjumpa dengan Geppetto.Mereka berasa gembira kerana dapat bertemu lagi."Mari kita kumpulkan kayu api dan bakarnya,"kata Geppetto kepada Pinocchio.Asap api membuatkan ikan paus itu membuka mulutnya lalu Pinocchio dan Geppetto pun keluar dari situ.Pinocchio dan Geppetto berenang hingga ke persisiran pantai.Mereka amat letih lalu tertidur di situ.Apabila bangun,Geppetto mendapati bahawa Pinocchio telah berubah menjadi manusia.Dia sangat gembira kerana impiannya untuk memiliki anak sudah tercapai.





BAHAN TATABAHASA
Peribahasa


BAHAN BIDANG ILMU LAIN
Kesihatan



Stres dan Akibatnya
 
Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.



Monday, 30 January 2012

Minggu 1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

Alamat Internet


BIL
TAJUK  ARTIKEL
ALAMAT INTERNET
1
Maksud tersirat pantun empat kerat
2
Pendidikan Seks Remaja, Masih Perlukah?
3
Minda: KSSR bakal lahir minda kelas pertama
4
Bakal guru yang ke pedalaman akan dimotivasi: Dr Mohd Puad
5
Satu murid satu sukan mulai 2011
6
Hati- hati ketika buat rawatan kecantikan ketika hamil
7
Makanan turunkan kadar kolesterol
8
Sakit kepala
9
Enzim cerna makanan
10
Tips untuk mengelakkan tegangan mata
11
Kepentingan pengambilan makanan berkhasiat
12
Jauhi makanan segera
13
Adakan makanan Melayu semakin dilupai?
14
Tabiat dan abad di meja makan
15
Penampilan diri: Etika makan di majlis rasmi
16.
Ayat inti
17.
 Kata bilangan
18.
Kata nafi
19.
Kata ganda
20.
Kata tanya
21.
Kata perintah 
22.
Kata seru
23.
Kata nama
24.
Kata arah
25.
Kata sendi  
26.
Syair
27.
Simpulan bahasa
28.
Kata pemeri
29.
Penjodoh bilangan
30.
Kata pembenar
31.
Kata penegas
32.
Kuiz & Tutorial Pendidikan
33.
Penulisan : Karangan Jenis Surat Rasmi
34.
 Asal usul Bahasa Melayu
35.
Kuiz & Tutorial Pendidikan
36.
Kata penguat
37.
Format dialog
38.
Kata kerja
39.
 Kuiz kata kerja
40.
Dewan Bahasa dan Pustaka secara Online




Fail Katalog Alamat Internet

Tajuk
1. Hari Wesak
URL
Sinopsis
Halaman ini mengandungi maklumat tentang perayaan Hari Wesak.




Tajuk
2. Isu Semasa
URL
Sinopsis
Halaman ini memaparkan isu-isu semasa tentang dunia pendidikan

Tajuk
3. Hari Gawai
URL
Sinopsis
Halaman ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan sambutan perayaan Hari Gawai di Malaysia.

Tajuk
4. Adat Resam Masyarakat Etnik Sarawak
URL
Sinopsis
Halaman ini memaparkan maklumat yang berkaitan dengan adat resam masyarakat etnik di Sarawak.

Tajuk
5. Carian Kata
URL
Sinopsis
Halaman ini dapat membantu orang ramai mencari makna kata bahasa bagi suku kaum yang terdapat di Malaysia

Tajuk
6. Menara Berkembar Petronas
URL
Sinopsis
Halaman ini mengandungi maklumat tentang Menara Berkembar Petronas yang merupakan salah satu daripada mercu tanda di Malaysia.

Tajuk
7. Sabah
URL
Sinopsis
Halaman ini memaparkan pelbagai maklumat tentang negeri Sabah dari segi kesenian dan tempat-tempat menarik di Sabah.

Tajuk
8. Memelihara Ikan
URL
Sinopsis
Artikel ini menceritakan tentang panduan memelihara ikan. Guru dan murid boleh menggunakan artikel ini sebagai panduan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Tajuk
9. Haiwan
URL
Sinopsis
Halaman ini mengandungi petikan berita tentang jenis-jenis haiwan yang dilindungi.

Tajuk
10. Taman Negara
URL
Sinopsis
Halaman ini mengandungi beberapa informasi tentang taman negara yang terdapat di Kuching, Sarawak.

Tajuk
11. Pemuliharaan Alam Sekitar Hidupan Liar
URL
Sinopsis
Halaman ini memaparkan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi hidupan liar.

Tajuk
12. Jerebu
URL
Sinopsis
Artikel ini mengandungi maklumat tentang masalah jerebu yang melanda di negara ini.

Tajuk
13. Banjir
URL
Sinopsis
Artikel ini mengandungi maklumat tentang fenomena kejadian banjir.

Tajuk
14. Makyong
URL
Sinopsis
Halaman ini memaparkan maklumat yang berkaitan dengan tarian Makyong yang begitu popular di negeri Kelantan.

Tajuk
15. Karangan Naratif dan Karangan Berformat
URL
Sinopsis
Halaman ini memaparkan maklumat tentang bentuk karangan naratif dan karangan berformat.

Tajuk
16. Kebaikan dan keburukan menonton televisyen
URL
Sinopsis
Artikel ini menceritakan tentang kebaikan dan keburukan menonton televisyen.

Tajuk
17. Kamus Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Halaman ini mengandungi kamus digital peribahasa Melayu yang dapat membantu orang ramai untuk mencari maksud-maksud tersirat dalam peribahasa Melayu.








Tajuk
18. Skema Karangan Fakta
URL
Sinopsis
Halaman ini memaparkan tentang skema pemarkahan bagi karangan fakta.





Tajuk
19. Contoh Karangan UPSR
URL
Sinopsis
Halaman ini memaparkan beberapa jenis contoh karangan yang dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR untuk mengarang dengan lebih baik lagi.






Tajuk

20.Pantun kanak-kanak

URL

http://penyair.wordpress.com/2008/06/10/pantun-kanak-kanak/

Sinopsis
Ada 23 jenis pantun kanak-kanak yang menerangkan adik pandai baca walau masih kecil,jangan merayau cepat pulang agar keluarga tidak mencari,masa ibu kerja adik jangan menangis dan sebagainya.